[KOMPAS] Drama politik belum berakhir?
  • tahun lalu
[KOMPAS] Drama politik belum berakhir?

Keadaan politik di Malaysia tidak pernah berhenti dilanda badai yang kuat tidak kira masa, sama ada ketika pandemik mahupun dalam keadaan semasa yang lain.

Ketika ini rakyat semakin lelah dan hampir putus asa dengan drama politik yang disajikan setiap hari.

Percakaran, pertelingkahan dan perebutan kuasa antara politikus menyebabkan rakyat sudah jemu dengan permainan politik yang tidak berkesudahan itu.

Persoalannya, sampai bila kemelut ini akan terus berlaku?

Ikuti siaran Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Drama politik belum berakhir?' bersama Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan dan Penganalisis Politik, Badrul Hisham Ismail pada 23 November, jam 8.30 malam hanya di seluruh platform digital Sinar Harian.

Muzik: Epic dari https://www.bensound.com/royalty-free-music/track/epic

#KompasRasuahBusters
#SinarHarian
#MalaysiaBerintegriti
#PascaPRU15
#RasuahBusters
#MalaysiaTanpaRasuah