Pasca PRU15 | Ustaz Fawwaz nafi anjur program isi minyak percuma

  • 2 tahun lalu
Sehari selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan dikejutkan dengan penyebaran maklumat kononnya beliau menganjurkan Program Isi Minyak Percuma sempena meraikan kejayaannya dalam PRU15.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu berkata, tiada sebarang arahan mahupun jadual dibuat olehnya berhubung acara yang dikhabarkan akan diadakan di tiga stesen minyak dalam kawasan Parlimennya, pada Isnin.

Disyorkan