Siapa guna kad pengenalan saya?

  • 2 tahun lalu
Siapa guna kad pengenalan saya?


BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Seorang warga emas di Kampung Buluh Lima, Simpang Empat di Kedah membuat laporan polis selepas mendakwa dia tidak dapat mengundi kerana namanya didaftar sudah mengundi di Kota Sarang Semut pada PRU15 pada Sabtu, Lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Zaleha Abdul Rahman, memaklumkan dia amat teruja untuk menunaikan tanggungjawab di sebuah sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan nama serta nombor kad pengenalan telah digunakan oleh seseorang yang tidak diketahui ataupun dikenali.

Sehubungan itu, Zaleha membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Sarang Semut supaya siasatan dapat dijalankan.

Artikel: https://bit.ly/3UPNAet

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15.