Mahkamah | Sebar gambar lucah rakan, peniaga pasar malam didenda RM10,000
  • tahun lalu
Seorang peniaga pasar malam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, selepas didapati menyebarkan gambar lucah rakan wanitanya, pada lima tahun lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Md Azrin A. Hamid, 44 tahun yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.