Selamat Menikmati .. --~-- --~-- . Title: Hanya Satu Persinggahan Artist: Yeni Inka Songwriter: Wan Zul Dipopulerkan Oleh: Iklim Music Arrangement: Aneka Music
Lyric : ( Hanya Satu Persinggahan )
Di sini kasih pernah berbunga Tiada harum tiada warna Di sini cinta pernah membara Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa Hidup kita berdua
Di sini langit mendung selalu Tiada cahya menyinariku Di sini aku tiada berdaya Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu Aku tidak sepadan denganmu
Hubungan kita suatu persinggahan Bukan pengabadian yang rela Pemergianku, oh, kerana terpaksa Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku Hanya satu persinggahan Aku tidak menjanjikan Mahligai impian Sebagaimana kau harapkan
Biarlah jauh dari pandangan Daripada dekat penuh siksa Biar berduka biar melara Dari sengketa sepanjang masa