PRU15 | Ku Li: Calon PM perlu mampu angkat martabat negara

  • 2 tahun lalu
Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang mempunyai keupayaan mengangkat martabat dan memakmurkan negara.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rakyat perlu memilih calon yang berkebolehan untuk berbakti kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.