PRU15 | Pusat pengundian awal ditutup, kertas undi akan dikira 19 November
  • tahun lalu
Tepat pada jam 5 petang pusat pengundian yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibuka sejak jam 8 pagi, ditutup pada jam 5 petang ini.

Menurut SPR, setakat pukul 2 petang, statistik peratusan keluar mengundi adalah 85 peratus.

Bagaimanapun kertas-kertas undi yang diterima hari ini tidak akan dikira dahulu, sebaliknya proses itu akan dilakukan pada 19 November, Sabtu ini bersamaan dengan hari pengundian di seluruh negara.