SAR Pelajar Lemas | Hujan dan air pasang sukarkan cari mangsa

  • 2 tahun lalu
Keadaan cuaca yang hujan dan pertembungan air pasang serta aliran air dari hulu menyukarkan pencarian pelajar tahun lima yang disyaki lemas di Pantai Marina, Kemaman sejak Jumaat lalu.

Justeru, Jabatan Bomba dan Penyelamat , JBPM, Negeri Terengganu akan mendapatkan khidmat pakar Oseanografi Universiti Malaysia Terengganu, UMT, dalam operasi mencari dan menyelamat.