Banjir | Air Sungai Sintok melepasi paras bahaya
  • tahun lalu
Hujan lebat lebih empat jam telah menyebabkan air di Sungai Sintok kini melepasi paras bahaya seterusnya mengakibatkan dua kawasan perumahan di Sintok dan jalan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaiki air.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua lokasi terbabit adalah taman alma dan perumahan UUM Sintok dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter.
Disyorkan