PRU15: Penduduk mahu isu banjir di Kampung Ithnin Maarof selesai
  • tahun lalu
PRU15: Penduduk mahu isu banjir di Kampung Ithnin Maarof selesai

BERITA SEMASA 13 NOVEMBER 2022

Penduduk Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, Kluang, Johor mengharapkan ahli Parlimen yang akan dipilih pada PRU15 dapat menyelesaikan isu banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan kediaman mereka setiap kali hujan lebat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Terbaharu pada Sabtu, seramai 25 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Kampung Ithnin Maarof dipindahkan ke PPS di dewan utama kampung berkenaan.

Penduduk menjelaskan sistem perparitan di kampung berkenaan perlu ditambah baik dan didalamkan bagi menampung jumlah air hujan yang tinggi pada musim tengkujuh pada akhir tahun.

Artikel: https://bit.ly/3NZsLuo

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa