PRU15 | Hentikan perbalahan, elak spekulasi negatif

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru semua pihak untuk ketepikan polemik yang mengugat imej parti.

Sebaliknya semua pihak perlu menjaga nama baik dan integriti parti bagi mengelak spekulasi negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Ini kerana, katanya rakyat sedang menilai semua tindakan yang memberi imej buruk kepada parti.

Ingatan Naib Presiden UMNO itu merujuk kepada siri berbalas kenyataan antara Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Disyorkan