Projek Tebatan Banjir | Tuan Ibrahim akan fail saman fitnah

  • 2 tahun lalu
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan dengan jelas bahawa dirinya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara ke arah menganugerahkan projek tebatan banjir.

Katanya, kelulusan projek selepas Parlimen dibubarkan memang tidak boleh dilakukan kerana ia bakal menjadi tanggungan untuk kerajaan baharu yang bakal mentadbir selepas PRU-15.