Tourism Malaysia kembali sertai World Travel Market
  • tahun lalu
Selepas dua tahun tidak menyertai secara fizikal di Pasaran Pelancongan Sedunia (WTM) di London akibat pandemik COVID-19, Tourism Malaysia mengembalikan keyakinan pelancong dari United Kingdom dan Eropah dengan melancarkan kempen mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan.

Antara kempen yang diperkenalkan ialah pakej-pakej pelancongan menarik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Tourism Malaysia dengan Malaysia Airlines dan Turkish Airlines.
Disyorkan