'Rasuah harus dihentikan serta merta'
  • tahun lalu
'Rasuah harus dihentikan serta merta'

BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2022

Calon BN Parlimen Kota Raja, Kajendran Doraisamy menggesa agar gejala dan amalan rasuah di negara ini harus dihentikan serta-merta, lapor Wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

Beliau berkata, perbuatan rasuah yang berlaku sejak dahulu hingga sekarang ini akan membantutkan perkembangan dan pembangunan sesebuah negara.

Justeru, tegasnya, budaya rasuah perlu diperangi sebaik mungkin bagi memastikan masa depan negara menjadi cerah serta terjamin.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15