Noh: Tanjong Karang 'kawasan putih'
  • last year
Ketiadaan ketua BN Selangor Noh Omar daripada jejak kempen di Tanjong Karang menimbulkan tanda tanya selepas gugur daripada pencalonan tempoh hari.

Apatah lagi dia selaku bekas wakil rakyat parlimen Tanjong Karang selama enam penggal itu dilihat hadir berkempen untuk rakan-rakannya di kawasan lain.

Ketika ditemui di luar ceramah oleh calon BN Sungai Buloh Khairy Jamaluddin malam tadi, Noh mempunyai penjelasan tersendiri kenapa dia masih belum berkempen di Tanjong Karang.

Noh secara ringkas mengatakan Tanjung Karang adalah 'kawasan putih' merujuk istilah yang menunjukkan kemungkinan besar BN bakal menang di situ.

Justeru, Noh berkata dia menyokong calon BN Selangor di kawasan yang lebih genting, seperti Sungai Buloh.

Noh digugurkan daripada senarai pencalonan walaupun dilaporkan cuba memujuk Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk mengekalkannya di kerusi itu. Dia digantikan oleh Ketua Wanita Umno Tanjong Karang Habibah Mohd Yusof.