PRU15 | Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon BN

  • 2 tahun lalu
Calon BN Parlimen Sri Gading, Datuk Lassim Burhan berhasrat untuk tarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat gergasi bagi memperkasakan kawasan perindustrian di kawasan berkenaan.

Faktor Sri Gading yang lebih cenderung kepada pusat perindustrian konvensional membuatkan ia lebih memberi laluan kepada lambakan pekerja asing.