Rafizi: Saya dan Anwar ada perbezaan, tetapi kami setuju 'tolak Zahid'
  • last year
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui bahawa dirinya dan Anwar Ibrahim tidak sehaluan dalam banyak perkara, termasuk yang terbaru berhubung pilihan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai Ahmad Zahid Hamidi, kedua-dua pemimpin PKR itu bersependapat.

Menurutnya lagi, dinamik politik sudah berubah merujuk kepada peningkatan sokongan kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil yang menyebabkan Zahid mendesak Ismail Sabri supaya segera membubarkan parlimen supaya PRU dapat diadakan tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Rafizi tindakan Ismail Sabri sudah terlambat dan taktik lemah mereka tidak akan membuahkan hasil.

Dia mendakwa sokongan kepada Umno-BN sejak itu kian terhakis, dan ini seterusnya meningkatkan prospek PH dalam PRU kali ini.
Recommended