Rafizi bidas Latiff tak faham penyata kewangan Invoke
  • last year
Rafizi membidas dakwaan Dr Abd Latiff Ahmad dan calon PN Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon yang bertanya sama ada kekayaan Rafizi yang hampir RM18.9 juta dibina menggunakan dana awam sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurutnya, syarikat yang diasaskannya hanya mengalami kerugian pada tahun pertama ditubuhkan tetapi selepas itu Invoke Solutions sdn bhd terus mencatatkan keuntungan.

“Keuntungan Invoke pada tahun kewangan 2020 ialah RM507,000, RM653,000 pada 2021 dan jangkaan keuntungan bagi tahun kewangan 2022 ialah RM1.5 juta.

Rafizi berkata mereka yang mempertikaikan nilai saham Invoke, kerana syarikat itu didakwa mengalami kerugian, tidak mahir dalam laporan kewangan.

Sumber video: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/849950516005508