PRU15 | Ahli politik yang terkait kes mahkamah tak patut bertanding
  • tahun lalu
Peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin berpandangan seseorang ahli politik yang sudah didakwa di mahkamah atas apa sahaja kesalahan tidak sepatutnya bertanding dalam pilihan raya.

Tegas beliau, walaupun tiada peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang mereka berbuat demikian, pada akhirnya, ia akan membawa kesulitan kepada pelbagai pihak, terutamanya rakyat.