PRU15: Maszlee pelawa calon Simpang Renggam debat
  • tahun lalu
PRU15: Maszlee pelawa calon Simpang Renggam debat

BERITA SEMASA 5 NOVEMBER 2022

Penyandang Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari PKR pada Sabtu mengajak tiga calon dari BN, PN dan GTA berdebat sebelum hari pengundian pada 19 November, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Maszlee berkata perdebatan secara terbuka itu secara dasarnya telah dipersetujui oleh calon BN iaitu Datuk Seri Hasni Mohammad, calon PN Mohd Fazrul Kamat dan calon GTA Kamal Kusmin.

Beliau berharap agar ada pihak yang sudi menyediakan platform supaya debat itu dapat diadakan secara langsung.

#BeritaSemasa #SinarHarian