Penamaan calon di Tenom bertukar kecoh, gas pemedih mata dilepaskan
  • last year
Gas pemedih mata dilepaskan di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah hari ini.

Setakat jam 1.35 tengah hari, calon-calon bagi kawasan parlimen itu belum dinamakan.

Agensi berita nasional melaporkan, mereka difahamkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Peter Anthony dari parti itu ditolak pegawai pengurus pilihan raya.