'Kuala Nerus kerusi panas MN' - Khairuddin perjelas alasan tanding tiket BN
  • last year
Calon BN kerusi Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, tindakan beliau bertanding atas tiket gabungan itu pada PRU15 bertujuan untuk memperkasa Muafakat Nasional.

Menurut Khairuddin, beliau konsisten memperjuangkan muafakat antara dua parti iaitu UMNO dan Pas bagi menghalang PH daripada berkuasa.

Khairuddin dilaporkan menerima watikah pelantikan calon daripada Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohd Sahfri Ab Aziz, pada Khamis lalu.