'Yang tak dapat jadi calon, teruslah bersama dengan parti' - Khairy
  • last year
Ahli Barisan Nasional yang tidak tercalon perlulah terus bersama dengan parti kerana ini semua turun naik dalam politik, kata calon Barisan Nasional di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Jelas Khairy, walaupun dia dihantar ke kerusi baru seperti Sungai Buloh, apa yang penting adalah untuk terus berkhidmat dan bersama dengan parti.