PRU15 | BN muktamad keputusan, Noh Omar tidak dicalonkan
  • tahun lalu
Tan Sri Noh Omar sah tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebaliknya kerusi tersebut diisi oleh muka baharu, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan pada Khamis.