PRU15 | Keputusan KJ ke Sungai Buloh bukan untuk ‘tanam’ dia - Tok Mat
  • tahun lalu
Tanggapan kononnya langkah Barisan Nasional (BN) menghantar penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding di Sungai Buloh bertujuan menamatkan riwayat politiknya adalah tidak benar.

Perkara itu ditegaskan timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelas beliau yang menggantikan Khairy sebagai calon di Rembau, keputusan itu dibuat selepas memikirkan apa terbaik untuk Menteri Kesihatan itu.