Bajet 2023 | Pelarasan bajet mungkin dibuat berdasarkan ekonomi semasa

  • 2 tahun lalu
Bajet 2023 mungkin menyaksikan beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi semasa ia dibentangkan semula, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja 'belanjawan yang bertanggungjawab' tetapi juga 'inklusif, lebih progresif' dan yang paling penting 'mampan'.