UMNO Kedah 'pancing' Phahrolrazi
  • tahun lalu
UMNO Kedah 'pancing' Phahrolrazi

BERITA SEMASA 1 NOVEMBER 2022

UMNO Kedah membuka ruang kepada bekas Pengerusi Parti Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi jika beliau mahu bersama parti tersebut untuk meneruskan perjuangan dalam politik, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata, mereka juga terkejut dengan pemecatan ADUN Alor Mengkudu itu selepas memboikot pilihan raya kerana kerusi Parlimen Jerai milik Amanah diberikan kepada DAP di Kedah pada PRU15.

Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Jerai, satu-satunya kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di Kedah pada RU15.

Datuk Phahrolrazi bagaimanapun tidak hadir ketika Majlis Pengisytiharan calon PH Kedah yang dibuat di Bandar Laguna Merbok sebelum beliau diumumkan dipecat keahlian parti oleh Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Artikel: https://bit.ly/3TUG9SG

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15
Disyorkan