PRU15 | Calon PM perlu adakan forum bincang idea pembangunan

  • 2 tahun lalu
Calon-calon Perdana Menteri disarankan untuk mengadakan forum bagi membawakan idea membangunkan negara jika diberi mandat oleh rakyat.

Cadangan dinyatakan Penganalisis Politik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin melihat kepada perkembangan politik semasa dan cabaran yang perlu dihadapi parti yang mendapat mandat rakyat.