Unjuran Ekonomi | MIDF kekal unjuran KDNK 6.6%

  • 2 tahun lalu
MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 6.6 peratus walaupun terdapat kebimbangan mengenai perkembangan di peringkat global.

Firma penyelidikan itu melalui satu nota pada Isnin menjelaskan, indikator terkini menunjukkan pertumbuhan positif yang berterusan dengan pengembangan dalam permintaan domestik serta prestasi perdagangan luar yang kukuh.