Perancangan Keluarga | Bantuan buat ibu bersalin dalam Bajet 2023 perlu diteruskan

  • 2 tahun lalu
Bantuan RM500 secara 'one-off' buat ibu bersalin dalam pembentangan Bajet 2023 wajar diteruskan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KWKK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, ia bagi menggalakkan perancangan keluarga negeri itu sebagai tambahan kepada inisiatif Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kerajaan Sarawak melalui kementeriannya.