[TERKINI] Agong jalani prosedur pemeriksaan kesihatan susulan di IJN

  • 2 tahun lalu
Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula hari ini.

Seri Paduka Baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan yang dijangkakan selesai pada hujung minggu ini.

Disyorkan