'Nama saja Barisan Nasional tapi cuma satu parti yang dominan'
  • last year
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata parti Umno dilihat dominan dalam Barisan Nasional yang terdapat beberapa parti di dalamnya.

Bercakap dalam majlis makan malam 'Reset Sabah' anjuran parti Warisan malam tadi, katanya pengagihan kerusi parlimen bagi gabungan BN itu tidak adil di mana Umno dilihat mendapat lebih banyak kerusi parlimen berbanding parti komponen BN yang lain.

Sumber video: https://www.facebook.com/shafieapdalofficial/videos/5717665611629663