Sosio-Ekonomi | Kerajaan terus beri fokus kepada industri pertanian dan perikanan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan terus memberi tumpuan kepada sosio-ekonomi komuniti nelayan di negara ini dengan memperuntukkan subsidi dan insentif pelbagai dalam meningkatkan produktiviti golongan tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan mencadangkan untuk menaikkan peruntukan subsidi serta insentif kepada RM1.8 bilion bagi industri pertanian dan perikanan pada tahun hadapan.