Nahas helikopter: 6 mangsa selamat, 5 daripadanya pasukan doktor udara

  • 2 years ago
Kementerian Kesihatan mengesahkan helikopter yang terhempas dekat Brinchang, Cameron Highlands tengah hari semalam membawa Pasukan Doktor Udara (FDU) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta, Perak.

Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin berkata, mangsa terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan, pembantu kesihatan awam, jururawat masyarakat dan juruterbang.

Ketika kejadian, katanya, pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas membuat lawatan berkala ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/645327900566072