PRU15 | SPR Sarawak seru lebih ramai keluar mengundi

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berharap peratusan keluar mengundi di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri ke-12.

Pengarah SPR Negeri Abang Noraffian Abang Ibrahim tanpa menyatakan sasaran peratusan tersebut, menyeru agar semua penduduk Sarawak yang layak mengundi, melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 19 November ini.

Disyorkan