Ismail Sabri ucap tahniah kepada Rishi Sunak, PM baharu UK
  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak, di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baharu.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook, melahirkan keyakinan dengan dedikasi dan kepimpinan Sunak, selain berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya itu untuk meraih potensi hubungan Malaysia dan UK.