PRU15 | Wakil rakyat perlu bersedia berkhidmat sepenuh masa
  • 2 tahun lalu
Semua wakil rakyat seharusnya berasa gusar dengan dapatan kajian yang menunjukkan majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka, khususnya dalam memilih calon dalam Pilihan Raya Umum ke 15.