Kemalangan | Pesawat Korean Air terbabas dari landasan di Filipina

  • 2 tahun lalu
Sebuah pesawat Korean Air yang membawa 173 penumpang dan anak kapal terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu di Filipina pada lewat malam Ahad.

Namun, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang dibawa keluar dengan selamat.