Feri Terkandas | Berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah

  • 2 tahun lalu
Feri membawa 547 orang penumpang dan kru yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah, malam tadi.

Pegawai Operasi Sektor Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Ahmad, berkata feri Express Bahagia 98 ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo dan selamat merapati jeti pada jam 9.25 malam.

Disyorkan