Pengundi di Terengganu sedia tunai tanggungjawab | #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Kelazimannya, pada penghujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur akan terkesan dengan musim tengkujuh yang berisiko menyebabkan taburan hujan tinggi sehingga boleh mengakibatkan banjir.

Perkara ini menimbulkan sedikit kegusaran sama ada pengundi di negeri-negeri berkenaan akan menunaikan tanggungjawab pada 19 November sekiranya berlaku bencana akibat musim tengkujuh.