Boleh runding tukar kerusi, tetapi perlu ada ganti | #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Pertukaran kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor antara parti dalam Barisan Nasional (BN) boleh dilakukan, dengan syarat perlu ada kerusi ganti.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana memerlukan rundingan yang sebaiknya antara parti terlibat.