GPS tentukan kerjasama selepas hari pengundian | #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan menentukan kerjasama politik di peringkat nasional selepas 19 November.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, ia adalah prerogatif GPS untuk menjalankan rundingan dengan sesiapa sahaja, dengan mengutamakan kerjasama yang membawa kepada kestabilan politik negara.