Suara Rakyat | Mahukan pemimpin rajin turun padang, bebas rasuah

  • 2 tahun lalu
Karekter yang dimiliki seseorang calon atau ahli politik akan dilihat menjadi penentu untuk pengundi membuat pilihan.

Tinjauan Astro AWANI di Kuala Nerang, Kedah mendapati rata-rata masyarakat mahukan pemimpin yang bukan sahaja mampu membawa kesejahteraan kepada kawasan yang diwakili dalam tempoh 4 hingga 5 tahun malah melihat lebih ke hadapan.

Tambah mereka, pemimpin yang dipilih sahaja perlu bersifat adil, saksama selain bebas daripada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan rasuah.

Disyorkan