Misi bawa pulang undi pos luar negara #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Agak mengecewakan kerana tempoh untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya 14 hari seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Koordinator Program Undi18, Diffan Sina Jasmi ketika mengulas mengenai undi pos luar negara.

Menurutnya, tempoh itu singkat kerana ia memakan masa untuk undi yang dihantar melalui pos tradisional sampai ke negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan lain-lain lagi selain turut memer­lukan tempoh untuk dikembalikan ke negara ini.