Bola Sepak | MFL mansuh kelebihan 'away goal' selaras perubahan UEFA, AFC

  • 2 tahun lalu
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan memansuhkan pelaksanaan peraturan jaringan tempat lawan dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa hari ini, selaras dengan perubahan masa kini.

Badan pentadbir Liga Malaysia itu dalam kenyataannya memaklumkan, ia melibatkan Artikel 2.6.3 (iv) dan (vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia, yang berkaitan peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati yang turut merangkumi peraturan jaringan tempat lawan.

Disyorkan