PRU15 | Integriti, ketelusan perlu jadi asas urus tadbir

  • 2 tahun lalu
Integriti dan ketelusan menjadi asas utama dalam pembentukan sesebuah kerajaan sama ada ia merupakan kerajaan yang dibentuk daripada parti tunggal atau secara campuran.

Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berpandangan, urus tadbir yang baik dapat dijamin sekiranya kedaulatan undang-undang menjadi prinsip pentadbiran.