Niaga AWANI: Suara Rakyat | Pengundi perlu manfaat pilih pemimpin berwibawa
  • 2 tahun lalu
Rakyat Malaysia berusia 18 hingga 21 tahun yang berdaftar sebagai pengundi perlu memanfaatkan peluang untuk memilih pemimpin yang berwibawa serta mampu mentadbir negara dengan cekap.

Peranan golongan itu bakal membawa perubahan besar dalam landskap politik sekaligus memperkasakan amalan demokrasi di negara ini.

Sehubungan itu, PRU ke-15 bakal menjadi medan untuk generasi muda menggunakan kuasa mengundi buat julung kalinya secara matang dan bijaksana sejajar dengan perkembangan semasa.

Itu disuarakan oleh beberapa pengundi muda yang ditemui di Terengganu.
Disyorkan