Sertai Warisan | Belum buat keputusan mengenai hasrat Wetrom

  • 2 tahun lalu
Parti Warisan belum membuat sebarang keputusan hasil daripada pertemuannya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda yang berhasrat mahu menyertai parti itu.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pertemuan dengan Wetrom di Tamu Mingguan Jalan Gaya pada pagi Ahad hanya berkisar mendengar hasrat ADUN Bandau itu untuk menyertai Warisan.