PRU15 | Usul nama Ismail Sabri sebagai PM bukan arahan parti

  • 2 tahun lalu
Usul yang dibawa sebahagian besar UMNO Bahagian seluruh negara bagi menamakan penyandang kerusi Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan arahan daripada parti.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan, usul itu dibawa itu menunjukkan kehendak akar umbi parti dalam menyokong keputusan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini.