PRU15 | Kerajaan baharu jangan pinggirkan ibu tunggal

  • 2 tahun lalu
Kerajaan baharu yang diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diminta tidak meminggirkan nasib para ibu tunggal.

Menjadi nadi kepada keluarga tanpa suami, golongan wanita ini berharap bantuan kebajikan kepada mereka terus diberi perhatian.

Bukan itu sahaja, kursus-kursus kemahiran perlu diperbanyakkan bagi memperkasa peranan wanita terutama ibu tunggal di Sabah.